~HARI MENDATANG SIAPA YANG TAHU~


Hari-hari yang berlalu ibarat daun kering yg bertiupan dan akan hilang dari pandangan setelah jauh beterbangan.
Seperti kebiasaannya, hari yang berlalu terus berlalu..
Tapi kali ini, hari ini, lain. Aku teramat gembira dan bersyukur kepada Allah S.W.T.

Tanpa aku sedar DIA telah menetapkan segalanya. Aku yang bangun lewat hari ini ada hikmahnya.
Aku telah bermimpi tentang dia. Dia adalah insan yang aku teramat sayang. 
Insan yang aku lepaskan dia terbang bebas,Insan yang aku lepaskan dia berenang,
Insan yang aku lepaskan dia untuk mencapai kebahagiaa.

Aku serahkan sepenuh hatiku, sepenuh sayangku kepadanya. Namun, aku masih tidak dapat membahagiakannya. Jadi, atas nama sayang dan cinta kerana ALLAH S..W.T aku melepaskan dia. 

Sungguh tak kusangka. Didalam mimpiku itu, aku malu untuk menatap wajahnya. Malu kerana aku bukan yang sempurna untuknya. Tapi terlalu sukar untuk tidak melihat wajahnya. Senyumannya itu terlalu mempersona dan menangkap mata yang terpandang. Amat susah untuk digambarkan. Aku yang berusaha keras untuk melupakan segala yang berlaku tewas jua. Aku bagaikan salji yang cair dari gunung yang tinggi dan dingin.

Curi-curi aku untuk melihat senyumannya itu. Tapi dah terlambat. Dia sedar yang aku memerhatikannya dari tadi. Dia lantas melemparkan senyumannya itu. Walaupun hanya didalam mimpi degupan jantung kencang seperti dia benar berada di depan ku.
ADUH!!!  YA ALLAH,.... Insan yang kau ciptakan ini sungguh benar menguji perasaanku Ya Allah.

Tengok tu, air mata awak dah nak menitis dah. Dia menegurku.

Saat itu terasa bagai inginku mendapatkannya dan memeluknya dengan  erat.

Aku membalas tegurannya dengan sekuntum senyuman.

Ya, Air mata ini menitisnya adalah kerana aku terlalu merinduimu sayangku.

Benar, kerinduan ini terlalu mencengkam jiwaku. Terasa bagai...... maaf. Aku tak dapat menggambarkannya.
          Aku kemudian mengajaknya datang ketempat yang selalu kami pergi sewaktu kami bersama dahulu.
Mungkin dia terlalu penat, dia melelapkan matanya dan meletakkan kepalanya dibahuku.
Aku mengimbas kembali, dia pernah melakukan seperti ini dahulu. Ketika itu kami di dalam bas dan dalam perjalanan ke tempat perlancongan. Hanya kami berdua tanpa rakan-rakan.
Walaupun lawatan kami hanya sehari. Aku amat berpuas hati.

         Seperti sebuah lagu yang bertajuk UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI. Aku terjaga dalam mimpi itu. Perkara pertama aku mencarinya di serata tempat. Dia datang dan memberikan senyuman. Dia kata kita akan berjumpa lagi. Tapi persoalannya bila!!?.

Dia bersalaman sebelum wajahnya menghilang didalam mimpi. SAYANG, kau masih berhutang denganku. Kau masih belum menunaikan janjimu. SEHIDUP DAN SEMATI DENGANKU.
.............................................................................................................................................

Agaknya, sampai bilakah ia akan berakhir.

      Adakah kedatangan kau didalam mimpiku sebentar tadi menjelaskan perkara sebenar???.
Apakah aku yang tersalah tafsir terhadap dirimu??.

Benarkah kau masih mengingatiku?
Benarkah kau masih menyayangiku?
ADAKAH SEMUA INI BERERTI YANG KAU BUKAN MELUPAKAN AKU SEPERTI YANG AKU FIKIRKAN?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya ALLAH, terima kasih atas mimpi yang kau wujudkan. Aku bersyukur ya ALLAH. Kerana walaupun jauh dimata aku masih bisa melihatnya didalam mimpiku.
Aku akan terus menyayanginya keranaMU YA ALLAH..


                                                   Aku masih merindui dan menyayangimu
                                                                                       pulanglah sayangku....
                                                                        aku merayu... 
                                                                               hanya kau yang dapat menenangkan jiwaku yang gelora..........